mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Pertanian

 Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan.  Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata.  Pertanian adalah sumber pendapatan utama penduduk di Felda Mempaga 3 iaitu penanaman kelapa sawit.  Di samping itu penduduk turut mendapatkan hasil pendapatan sampingan melalui penanaman nangka madu, pisang, dan cili.

Kelapa sawit

Nangka Madu

Penternakan kambing

En. Mohd Saidin Saidi merupakan salah seorang pengusaha kambing sejak 2 tahun lalu.  Beliau memulakan perusahaannya dengan bermodalkan RM 8000.00 untuk  membeli kambing, pam air, mesin pemprosesan makanan serta membina kandang kambing. Beliau menternak kambing bermula dengan tujuh ekor dan kini bilangan kambing telah mencecah 25 ekor, ini tidak termasuk yang telah dijual olehnya.  Beliau berhasrat dapat mengembangkan lagi perusahaan beliau untuk bergelar seorang usahawan tani yang berjaya.

Penternakan lembu

            Pada tahun 1997, Encik Ahmad Jeraini Osman mula menternak lembu dan telah membeli lima ekor sebagai percubaan dan sehingga kini lembunya sudah mencecah 50 ekor.  Disamping itu, beliau juga telah mempunyai sebuah tempat penyembelihan serta memiliki sebuah kedai  untuk memasarkan daging segar pada setiap hari.

Penternakan Ikan Air Tawar