mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti September 2025

AKTIVITI 1 :  NADI x Kesejahteraan Kendiri : Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Tarikh: 07, 23 & 24 September 2025
Masa: 2.00 petang – 6.00 petang
Lokasi: NADI Felda Mempaga 3
Peserta: 11 orang
Tujuan
Program ini dilaksanakan secara berkala di NADI. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan akses pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk luar bandar.
  
Aktiviti
Aktiviti utama program ini termasuk saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, dan Indeks Jisim Tubuh (BMI).

Gambar di sini

AKTIVITI 2 :  NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat

Tarikh: Sepanjang bulan September
Masa: 9.30 pagi – 4.30 petang
Lokasi: NADI Felda Mempaga 3
Peserta: 9 orang
Tujuan
Program ini menawarkan kursus kemahiran kepada masyarakat melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat. Program ini menyediakan pelbagai kursus seperti Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet, dan Mahir Pertanian Pintar. Matlamatnya adalah untuk memperkasakan peserta dengan kemahiran baharu dan relevan melalui kaedah pembelajaran yang fleksibel, termasuk sesi dalam talian dan bersemuka. 
  
Aktiviti
– Webinar
– Latihan praktikal
– Kuiz dan tugasan

Gambar di sini

AKTIVITI 3 :  NADI x Kesedaran (Kempen Internet Selamat)

Tarikh: 07 & 17 September 2025
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi: NADI Felda Mempaga 3
Peserta: 30 orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya buli siber serta melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber. Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan internet secara bertanggungjawab, mewujudkan persekitaran digital yang selamat, dan mengurangkan insiden buli siber. Selain itu, program ini mendidik masyarakat tentang etika penggunaan internet serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam menangani isu ini.
Aktiviti
Webinar Kempen Internet Selamat

Gambar di sini