AKTIVITI 1 : NADI x Kesejahteraan Kendiri : Pemeriksaan Kesihatan Percuma
| Tarikh | : 26 Oktober 2025 |
| Masa | : 2.00 petang – 6.00 petang |
| Lokasi | : NADI Felda Mempaga 3 |
| Peserta | : 4 orang |
| Tujuan | |
| Program ini dilaksanakan secara berkala di NADI. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan akses pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk luar bandar. | |
| Aktiviti | |
| Aktiviti utama program ini termasuk saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, dan Indeks Jisim Tubuh (BMI). | |
AKTIVITI 2 : NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – DILEA Tuisyen Rakyat
| Tarikh | : 25 Oktober 2025 |
| Masa | : 2.30 – 4.30 petang |
| Lokasi | : NADI Felda Mempaga 3 |
| Peserta | : 6 orang |
| Tujuan | |
| Program Tuisyen Rakyat NADI x DILEA ialah sebuah inisiatif pembelajaran percuma secara dalam talian yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) melalui platform Digital Learning (DILEA). Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari pelbagai peringkat, terutamanya di kawasan luar bandar, bagi meningkatkan pemahaman akademik mereka. | |
| Aktiviti | |
| – Webinar – Latihan praktikal – Nota & Contoh Soalan | |
AKTIVITI 3 : NADI x Kesedaran (Kempen Internet Selamat)
| Tarikh | : 18 Oktober 2025 |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 pagi |
| Lokasi | : NADI Felda Mempaga 3 |
| Peserta | : 21 orang |
| Tujuan | |
| Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya buli siber serta melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber. Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan internet secara bertanggungjawab, mewujudkan persekitaran digital yang selamat, dan mengurangkan insiden buli siber. Selain itu, program ini mendidik masyarakat tentang etika penggunaan internet serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam menangani isu ini. | |
| Aktiviti | |
| Webinar Kempen Internet Selamat |
AKTIVITI 4 : NADI x Keusahawanan
| Tarikh | : 16 Oktober 2025 |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 pagi |
| Lokasi | : NADI Felda Mempaga 3 |
| Peserta | : 1 orang |
| Tujuan | |
| NADI x Keusahawanan ialah program pembangunan usahawan yang dianjurkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Program ini memberikan tumpuan kepada usaha untuk membina kecekapan dan meningkatkan kemahiran usahawan. Terdapat juga sesi perkongsian ilmu daripada pakar industri untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka. | |
| Aktiviti | |
| – Video Pra-Latihan – Webinar – Podcast |