AKTIVITI 1 : NADI x Kesejahteraan Kendiri : Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Tarikh
: 23 Ogos 2025
Masa
: 10.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi
: NADI Felda Mempaga 3
Peserta
: 22 orang
Tujuan
Program ini dilaksanakan secara berkala di NADI. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan akses pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk luar bandar.
Aktiviti
Aktiviti utama program ini termasuk saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, dan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
AKTIVITI 2 : NADI x Keusahawanan (Kidventure Cohort 4)
Tarikh
: 09 Ogos 2025
Masa
: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi
: NADI Felda Mempaga 3
Peserta
: 3 orang
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Peserta diberi pendedahan awal tentang asas perniagaan dan pengurusan kewangan. Program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri dan kreativiti peserta dalam mengendalikan aktiviti keusahawanan.
AKTIVITI 3 : NADI x Kesedaran (Kempen Internet Selamat)
Tarikh
: 16 Ogos 2025
Masa
: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi
: NADI Felda Mempaga 3
Peserta
: 10 orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya buli siber serta melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber. Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan internet secara bertanggungjawab, mewujudkan persekitaran digital yang selamat, dan mengurangkan insiden buli siber. Selain itu, program ini mendidik masyarakat tentang etika penggunaan internet serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam menangani isu ini.