Tujuan program ini adalah untuk untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Peserta diberi pendedahan awal tentang asas perniagaan dan pengurusan kewangan. Program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri dan kreativiti peserta dalam mengendalikan aktiviti keusahawanan.
Aktiviti
– Bengkel asas keusahawanan (Webinar) – Tontonan Video Pelan Perniagaan dan Perancangan Kewangan – Kuiz dan sesi soal jawab
Program ini dilaksanakan secara berkala di NADI. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan akses pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk luar bandar.
Aktiviti
Aktiviti utama program ini termasuk saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula, dan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
AKTIVITI 4 : NADI x Kesedaran (Kempen Internet Selamat bersama Kluster Bentong & MCMC)
Tarikh
: 19 Jun 2025
Masa
: 10.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi
: Sekolah Kebangsaan Karak
Peserta
: 100 orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya buli siber serta melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber. Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan internet secara bertanggungjawab, mewujudkan persekitaran digital yang selamat, dan mengurangkan insiden buli siber. Selain itu, program ini mendidik masyarakat tentang etika penggunaan internet serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam menangani isu ini.
Aktiviti
Taklimat program, pelbagai aktiviti dan penerangan oleh petugas NADI Kluster Bentong, pelancaran Kempen Internet Selamat dan pelantikan ikon guru dan murid bagi kempen ini.