AKTIVITI 1 : NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – DILEA Tuisyen Rakyat
| Tarikh | : 05, 09, 10, 12 dan 16 Februari 2026 |
| Masa | : 2.30 – 4.30 petang |
| Lokasi | : NADI Felda Mempaga 3 |
| Peserta | : 13 orang |
| Tujuan | |
| Program Tuisyen Rakyat NADI x DILEA ialah sebuah inisiatif pembelajaran percuma secara dalam talian yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) melalui platform Digital Learning (DILEA). Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari pelbagai peringkat, terutamanya di kawasan luar bandar, bagi meningkatkan pemahaman akademik mereka. | |
| Aktiviti | |
| – Webinar – Latihan praktikal – Nota & Contoh Soalan | |
AKTIVITI 2 : NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Kursus MAHIR
| Tarikh | : 04, 05, 11, 12 dan 26 Februari 2026 |
| Masa | : 09.30 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : NADI Felda Mempaga 3 |
| Peserta | : 7 orang |
| Tujuan | |
| Program ini menawarkan kursus kemahiran kepada masyarakat melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat. Program ini menyediakan pelbagai kursus seperti Mahir Masa, Mahir Foto, Mahir Baiki Gajet, dan Mahir Pertanian Pintar. Matlamatnya adalah untuk memperkasakan peserta dengan kemahiran baharu dan relevan melalui kaedah pembelajaran yang fleksibel, termasuk sesi dalam talian dan bersemuka. | |
| Aktiviti | |
| – Webinar – Latihan praktikal – Nota & Tugasan |
AKTIVITI 3 : NADI x Kesedaran (Kempen Internet Selamat)
| Tarikh | : 07 dan 12 Februari 2026 |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : NADI Felda Mempaga 3 |
| Peserta | : 5 orang |
| Tujuan | |
| Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya buli siber serta melindungi kanak-kanak daripada ancaman siber. Ia juga bertujuan menggalakkan penggunaan internet secara bertanggungjawab, mewujudkan persekitaran digital yang selamat, dan mengurangkan insiden buli siber. Selain itu, program ini mendidik masyarakat tentang etika penggunaan internet serta memperkukuh kerjasama komuniti dalam menangani isu ini. | |
| Aktiviti | |
| Webinar Kempen Internet Selamat |