mcmc
Maklumat Setempat

Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Produk Inovasi OKU 2017

Karnival OKU 2017 BM

Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Produk Inovasi OKU 2017 anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh

: 24 November 2017 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi – 4.30 petang

Tempat

: Grand Ballroom, Aras 2

  Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral

  No. 5 Jalan Stesen Sentral

  50470 Kuala Lumpur

Perasmi

: YBhg. Dato’ Mohd Jeffrey bin Joakim

  Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja        

  Semenanjung Malaysia

Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk mempromosi peranan utama KSM selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) dalam menyediakan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan sistem sokongan pekerjaan kepada golongan OKU di Malaysia; dan memastikan golongan OKU terlibat secara aktif dalam arus pembangunan Negara selari dengan matlamat Akta OKU 2008 dan prinsip inklusiviti OKU dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :-

Cawangan Dasar Perburuhan (Bahagian Dasar)
Kementerian Sumber Manusia
No. Telefon : 03-8886 5102/5143/5144