Pn Hasnah Abdul Rahman
Nama Produk : Citarasa Warisan Enterprise
Puan Hasnah Abdul Rahman 46 tahun, penerokawati di Felda Mempaga 3 merupakan usahawan yang menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang IKS dan beliau telah menubuhkan syarikat Citarasa Warisan Enterprise sejak 8 tahun lepas. Beliau merupakan ibu kepada 6 orang cahaya mata dan kini giat menghasilkan pelbagai jenis kerepek dan kuih kering antaranya kerepek pisang, maruku dan jejari pelbagai perisa. Pada mulanya, beliau menghasilkan kuih secara kecil-kecilan dirumah tetapi kini beliau sudah mempunyai bengkel sendiri dengan kemudahan pelbagai mesin.
Produk yang dihasilkan akan dipasarkan sekitar daerah Bentong dan kadangkala mendapat permintaan daripada luar daerah. Kemudahan kredit dan modal pusingan diperoleh daripada Bank Rakyat dan juga MARA. Selain itu, beliau juga mendapatkan khidmat nasihat Dinamik MARA dalam menjalankan perusahaan sehingga berjaya. Pihak FELDA juga turut membantu dalam menyediakan kursus untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kemampuan usahawan untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah setanding dengan usahawan di luar tanah rancangan.
Pelbagai rintangan dilalui oleh beliau, namun semua itu dianggap sebagai pencetus semangat untuk beliau terus berjaya dan membesarkan perniagaan. Perniagaan ini sedang rancak berkembang dan mesin-mesin untuk penghasilan kuih kering juga ada yang masih belum sampai. Beliau tetap meneruskan penghasilan kuih dan keuntungan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM 3,000. Ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau untuk menyara keluarga dan tidak bergantung terus dengan hasil sara hidup Felda. Keusahawan mampu mengubah nasib individu malahan dapat menjana ekonomi penduduk dan seterusnya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Jom kita celik dan bijak IT, segalanya dihujung jari.
Antara produk dari Citarasa Warisan Enterprise
Untuk tempahan boleh menghubungi talian yang tertera
Alamat : Kilang Kerek Felda Mempaga, 28600 Karak, Pahang.
No.Tel : 019-9919631
Facebook : Citarasa Warisan