USAHAWAN
| Nama | Junaidah Binti Ahmad Abd Karim |
| Umur | 44 Tahun |
| Ahli | 2025 |

Latar belakang
Puan Junaidah memulakan perniagaannya pada tahun 2023 dengan menjual produk soft cookies.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada peringkat awal, beliau hanya menjual produknya secara kecil-kecilan iaitu ketika terlibat dalam program tertentu sahaja seperti program sukan sekolah dan aktiviti komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau merupakan usahawan baru di bawah bimbingan NADI sepanjang tahun 2025 telah menunjukkan perkembangan yang membanggakan. Bermula dengan mengikuti Kelas Mahir dan Kelas Bimbingan Usahawan seperti eKelas, beliau kini semakin yakin mengembangkan perniagaannya.
Hasil daripada ilmu dan panduan yang diperoleh, beliau berjaya memperluaskan pasaran dengan mula meletakkan produk jualannya di kiosk-kiosk, kedai-kedai setempat serta ruang jualan produk di NADI. Selain itu, beliau juga giat menjalankan promosi secara dalam talian melalui platform Facebook dan WhatsApp sekaligus menarik lebih ramai pelanggan baharu. Langkah demi langkah ini menjadi bukti bahawa dengan kesungguhan, disiplin serta sokongan daripada NADI, usahawan mampu berkembang maju dan menempatkan produk mereka di pasaran yang lebih luas.