mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2025

AKTIVITI 1 :  NADI x Keusahawanan (Usahawan Cilik)

Tarikh: 19 Julai 2025
Masa: 3.00 – 4.00 petang
Lokasi: NADI Felda Mempaga 3
Peserta: 3 orang
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Peserta diberi pendedahan awal tentang asas perniagaan dan pengurusan kewangan. Program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri dan kreativiti peserta dalam mengendalikan aktiviti keusahawanan.
  
Aktiviti
– Tontonan Video 4 – Operasi Perniagaan
– Kuiz dan sesi soal jawab

Gambar di sini

AKTIVITI 2 :  NADI x Kesedaran : Kempen Interne Selamat (KIS)

Tarikh: 19 Julai 2025
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi: NADI Felda Mempaga 3
Peserta: 7 orang
Tujuan
Tujuan utama webinar Kempen Internet Selamat adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber khususnya dalam kalangan pelajar serta mendidik mereka tentang cara menggunakan internet dan media sosial secara selamat dan bertanggungjawab. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan, penyebaran berita palsu dan jenayah siber yang lain. 
Aktiviti
Webinar 1 kategoti sekolah rendah – Berita Palsu
Webinar 2 kategoti sekolah menengah – Malware : Bahaya Tersembunyi

Gambar di sini

AKTIVITI 3 : NADI x Cybersecurity : Dari Serangan Siber Ke Pemulihan

Tarikh: 24 Julai 2025
Masa: 3.30 petang – 5.00 petang
Lokasi: NADI Felda Mempaga 3
Peserta: 3 orang
Tujuan
Tujuan utama webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai ancaman siber serta langkah-langkah perlindungan digital yang berkesan. Webinar ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada isu-isu berkaitan serangan siber dan cara-cara untuk memulihkan diri daripada serangan tersebut.
Aktiviti
– Langkah asas tindak balas insiden
– Pengenalan forensik digital
– Teknik OSINT & Google Dorks
– Demonstrasi insiden & analisis forensik secara langsung

Gambar di sini