mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2021 – Kisah Kejayaan Usahawan Norafikah Jaafar

142800823 3557542111028167 808244476781204584 n

USAHAWAN

Nama : Norafikah Binti Jaafar
Umur : 24 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Cik Norafikah merupakan pelajar lulusan bidang Kulinari. Beliau begitu meminati bidang masakan terutamanya pembuatan kek. Selepas menamatkan pengajiannya beliau kini mula berjinak-jinak dalam perniagaan kek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ kepada kenalan dan jiran terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau mula mempelajari cara menggunakan perkakasan komputer dan melayari internet. Petugas Pusat Internet membantu beliau mempelajari cara untuk mempromosikan produk beliau secara atas.

Kini beliau lebih yakin untuk mempromosikan produknya di Facebook dan Instagram. Perniagaan beliau semakin dikenali. Menurut beliau, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah.