USAHAWAN
Nama | Siti Noor Syafiqah Binti Mohd Fodzi |
Umur | 25 Tahun |
Ahli | 2025 |

Latar belakang
Cik Syafiqah memulakan perniagaan bidang percetakan pada tahun 2023. Syarikat percetakkannya dikenali sebagai Chetak.Ent
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada awalnya, beliau membuka mini kedai di kawasan rumahnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau kerap mengunjungi NADI untuk mendapatkan bimbingan serta bantuan daripada petugas. Antara bengkel yang pernah dihadirinya termasuk Bengkel Shopee, Bengkel Fotografi dan Bengkel TikTok Shop.
Komitmen dan kesungguhan Cik Syafiqah dalam mengembangkan perniagaannya menjadikan beliau sumber inspirasi kepada ramai golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan. Sehingga kini, beliau masih aktif menyertai pelbagai program dan bengkel keusahawanan anjuran NADI bagi meningkatkan kemahiran serta menambah ilmu keusahawanan. Pendapatannya kini mencapai angka RM10,000/sebulan dengan usaha gigih dan semangat beliau dalam pemasaran online.